Bab 1 -
Mengapa ?
Fakri,
seorang pelajar Sains Tulen di sebuah sekolah diutara semenanjung ,
Fakri seorang pelajar pintar yang kini berada ditingkatan 4 , sewaktu
PMR yang lepas Fakri memperoleh keputusan 8A yang membuatkan Fakri diCop
pelajar pilihan oleh guru-guru disekolahnya . Fakri mempunyai rupa
paras yang agak kacak , berkaca mata yang menyebabkan ramai gadis
disekolahnya tertarik untuk berkawan , tetapi dapatkah Fakri Mencari
Sebuah Cinta yang suci tulus dari Ilahi .Perjalanan pulang dari sekolah
Fakri terserempak dengan Aina , seorang rakannya di kelasnya , Aina
pelajar yang diam , wajahnya , ilmunya dan hatinya membuat Fakri
tertarik dengan Aina , persoalannya adakah Aina akan tahu rahsia hati
ini . Di Saat dia memerhati Aina datang Fiqah dari belakang menyapa
dengan
Gedik Fakri ,
"Hai Fakri , sorang je ke . Nak ngorat boleh ? " Fakri dengan senyuman menjawab
" Maaflah saya ada kerja nak kena balik awal , bye "
Fakri terus beredah dari situ . Setibanya dirumah , Fakri menenagkan
fikiran , solat dan berdoa , Fakri pelik mengapa dirinya dicampakkan
oleh Allah rasa takut apabila berhadapan dengan Aina . Fakri cuba
lupakan Aina kerana khuatir mengganggu fokus belajarnya .
Keesokan harinya , Fakri mendiamkan diri , mencari kawasan
sunyi untuk bersendirian sehingga keadaan pelik itu mengkuatirkan
sahabatnya Aiman , Aiman menyapa dan menanyakan Fakri
"Fakri kau nape? aku tengok macam ada problem je , cer kongsi dengan aku " . Fakri hanya senyum sahaja .
"Aku ok , tak ada apa-apa , cuma aku takut sebab exam Pertengahan tahun dah dekat itu saja ." Dengan senyuman itu meyakinkan Aiman bahawa Fakri tiada masalah .
"KRINGGGGG"
Locong rehat berbunyi , kawan-kawan Fakri yang lain sudah turun , Fakri
menunggu semua rakannya turun kemudian dia terus berada di dalam kelas .
Kamal musuh utama Fakri yang dengki akan kecemerlangan Fakri melihat
Fakri didalam kelas membuatkan Kamal mengatur langkah untuk mengenakan
Fakri , Kamal menunggu sehingga Fakri beredar , selepas Fakri turun ke
Kantin , Kamal masuk keKelas dan menyelongkar beg Aina dan mengambil
Wang kelas yang dipegang oleh Aina dan meletakkan didalam beg Fakri .
"KRINGGGGG" locong
berbunyi menandakan waktu rehat tamat , suasana naik keKelas bertambah
kecoh dengan tangisan Aina . Setelah mendapat penerangan dari Aina ,
Badan Pengawas sekolah mengadakan pemerikasaan mengejut kepada semua
orang di dalam kelasnya .
Kamal dari belakang hanya tersengih apabila pengawas
memulakan pemeriksaan . Sampai kepada geliran Fakri diperiksa , mereka
terkejut kerana wang yang hilang itu ada didalam beg Fakri , Fakri
mengaku tidak bersalah , beliau dihadapkan keMahkamah sekolah dan gagal
membela diri dan menyebabkan Fakri dihukum , hukuman Fakri tidak terlalu
berat hanya sebatan 2 rotan di tangan , tetapi agak memalukan kerana
hukuman itu dilakukan dihadapan semua guru dan murid ketika waktu
perhimpunan . Selepas itu dihari berikutnya , Fakri disihkan dan digelar
Pencuri oleh rakan sekolahnya kecuali Aiman . Pulangnya Fakri kerumah
dengan tangannya yang bengkak , disorokan dari pengatahuan ibunya .
Fakri berlari ke Surau didalam rumahnya , mengambil wudu' dan solat
zohor , selepas solat zohor beliau berdoa , selesai berdoa , dia berasa
hairan MENGAPA ini semua terjadi , mengapa dia dituduh mencuri wang AINA
? mengapa Aina . Persoalan itu tidak dapat dijawabnya . Fakri tertidur
sehingga waktu Asar.
BAB 2 -
Bantu agama ALLAH bantu KAMU
Fakri terjaga dari lena di atas tikar sejadah selepas terdengar azan
Asar dari masjid kedengaran , pantas Fakri mengambil wuduk , dan menaiki
motosikal keMasjid , dalam perjalanan pergi Fakri terserempak dengan
Aina. Fakri malu kerana dia didapati bersalah mencuri wang kelas dari
Aina ,walaupun sebenarnya bukan Fakri yang lakukan . Tiba-tiba Fakri
terkejut .
"Eh kenapa Aina lagi ? YaAllah mengapa " . Setibanya
Fakri di Masjid Fakri segera masuk menunaikan solat berjemaah ini
kerana Fakri sudah lewat untuk solat bersama. Selepas selesai , Fakri
terus pulang ke Rumah , Fakri memikirkan kembali mengapakah Aina ? .
" Disekolah Aina, Balik sekolah Aina , sampai nak ke Masjidpun Aina . YaAllah kenapa kau uji aku seperti ini ."
Hati fakri merungut. Fakri abaikan apa yang orang hendak kata
biarkanlah. Mulai saat ini Fakri berjanji akan sentiasa bersama Agama
Allah. Dalam keheningan petang , sebelum masuknya Maghrib , awal-awal
lagi Fakri bersiap mahu ke Masjid , biasalah masjid baharu , masih tidak
sistematik pengurusannya. Fakri datang awal dan menghampar tikar
sejadah membuka kipas dan pendingin hawa bagi keselesaan Jemaah lain .
Pengerusi masjid melihat Fakri rajin membantu Rumah Allah ini , selepas
solat maghrib , ada sesi kuliah Maghrib bersama Ustaz Azhar , guru
disekolah Fakri , selesai solat Isyak Fakri mengambil keputusan untuk
menanyakan adakah semua yang dialami dirinya ini satu MUSIBAH? Dikejar
ustaz Azhar.
" USTAZ , USTAZ ! ".
"Ya saya , oh kamu Fakri kenapa? " . Fakri mula bercerita . selepas itu Fakri mendapat semangat baru selepas berbual dengan Ustaz Azhar.
Setahun kemudian , semasa menjawab soalan SPM , Fakri merasa tenang ,
dan menjawab dengan baik disamping diBantu oleh Allah . Ketika didalam
dewan peperiksaan , kedudukan Fakri bersebelahan dengan meja Aina .
Selesai menjawab kertas terakhir , Fakri mengambil keputusan untuk
belajar Ilmu Allah . Dari belakang Aiman , rakan karibnya menyapa.
" Fakri macam mana exam ok tak ? " . "
Ok sahaja " jawab Fakri sambil senyum . Aiman mula mengatur satu soalan .
" Fakri aku nak tanya satu soalan , dah lama aku nak tanya BETULKAH kau suka kan Aina ? " . Fakri terkejut.
"Mana kau tahu nie , ya Aku memang sukakannya jaga kau bagi tahu orang lain pula. " .
"Patutlah , sebenarnya aku ada rahsia , dah lama Aina bagi tahu aku , tapi aku lupa nak bagi tau dekat kau . " . Semakin
hari semakin rapat . Berkat Fakri suka membantu agama Allah ketika di
Masjid , mengimarahkan rumah Allah , kini Allah menghadiahkan Isteri
pilihan hatinya Aina .
#Moral- Jodoh Itu Rahsia Allah , Jauh Lari jika jodoh tetap Jodoh
#Moral - Bantu agama Allah Allah bantu kamu
KARYA : hafizAhyat